Sunday, August 21, 2011

Pelaburan Saham yang terbaik untuk Income anda.

Apakah Pelaburan Saham Yang Terbaik Untuk Anda?

Saya akan terangkan kepada anda pelaburan yang terbaik bagi duit anda ada dua jenis pelaburan.Pertama sekali saya rasa semua orang tahu iaitu pelaburan Emas.Kenapa pelaburan emas yang saya katakan terbaik? kerana harga emas tidak pernah jatuh teruk sejak tahun 1971.

Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.
Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak.Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 – 2009, kita akan dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut:Harga emas






Ini adalah carta emas semasa jadi dengan carta ini kita faham harga emas selalu meningkat naik.Sebab itulah saya mengatakan pelaburan emas adalah terbaik dalam abad ini.
Pendedahan Eksklusif & Yang Pertama di Malaysia yang memberi panduan atau rahsia yang sebenarnya "Mengapa Kita Patut Membuat Pelaburan Melalui Emas & Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas"
  • Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
  • Kajian kes: Wang kertas bukan penyimpan kekayaan yang terbaik.
  • Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
  • Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang.
  • Emas adalah aset yang terunggul.
  • Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Mengapa ia begitu eksklusif? Kerana ianya adalah pendedahan suatu ilmu yang amat-amat jarang diketahui umum iaitu pendedahan yang buat pertama kalinya tentang bagaimana pelaburan emas patut dijadikan sebagai pelaburan utama dalam hidup kita yang sepatutnya diketahui oleh kita untuk melangsaikan hutang, membuat simpanan, dan juga mendapat untung dari teknik yang digunakan seperti :
  • Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
  • Penggadaian emas di Ar Rahnu Bank yang mendatangkan keuntungan,bukannya kerugian.
  • Teknik Beli Masa Harga Rendah dan Jual Masa Harga Tinggi.
  • Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
  • Penggunaan Teknik Pemurataan Kos untuk membuat keuntungan dalam jangkamasa setahun.
  • Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA.
  • Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak).
  • Melabur sambil berniaga emas.
  • dan bermacam-macam lagi.
OK la lain laporan saya akan terang bagaimana emas boleh menjadi pelaburan terbaik buat kita.Saya juga akan menerangkan kepada anda pelaburan kedua.Teruslah membaca blog ini saya akan berikan info-info semasa tentang pelaburan saham pada dekad ini.